Wednesday, September 4, 2019

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA

Jumaat, 30 Ogos 2019- Pejabat Kesihatan Perak Tengah  , telah mengadakan gotong-royong perdana bil 2/2019. Gotong-royong ini telah diwajibkan kepada semua Zon EKSA di PKD Perak Tengah dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang yang dijalankan sepanjang gotong royong perdana ini ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemaskan ruang kerja masing-masing agar kelihatan cantik,bersih dan ceria. Semua warga Zon memberikan kerjasama yang sepenuhnya serta menolong antara satu sama lain. Semangat ini yang perlu dipupuk pada setiap warga Zon  AMETHYST agar terus kekal. Syabas diucapkan kepada semua warga Zon  AMETHYST